Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Baru Bawah Keluarga “Desire” Pada CES 2015

HTC Desire CES 2015CES 2015 bakal diadakan pada minggu hadapan, dan ramai pengeluar peranti telah menjadualkan acara pengumuman mereka tersendiri. Terkini, HTC turut tidak ingin ketinggalan, dan menjadualkan sebuah acara khusus pada 6 Januari 2015 ini.


Melalui jemputan yang dipaparkan, HTC dilihat mungkin mengumumkan peranti dibawah keluarga Desire, dan bukannya kemaskini untuk keluarga HTC One. Pada 2014 ini sendiri, HTC telah memperkenalkan sejumlah peranti dibawah keluarga Desire, dimana paling terkini adalah HTC Desire EYE yang membawakan kamera hadapan dan belakang 13-megapixel.


Mengikut perancangan pihak HTC seperti pernah dilaporkan sebelum ini, mereka dijangka ingin memasarkan terus peranti kepada pengguna, dan menawarkan peranti pada harga lebih rendah lagi – sekaligus membolehkan mereka bersaing dengan pelbagai pengeluar lain dalam kategori peranti mampu-milik, terutamanya pengeluar dari China.


Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi peranti Desire apakah yang bakal diumumkan oleh pihak HTC.






Banyak lagi menarik FB kami



https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Baru Bawah Keluarga “Desire” Pada CES 2015"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info