Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Hotel Di Amerika Syarikat Ingin Menyekat Penggunaan Hotspot Peribadi Oleh Pelanggan

M2210003


Penggunaan hotspot peribadi kini sudah dianggap sebagai perkara biasa. Bagi mereka yang kerap bekerja di luar pejabat alat hospot peribadi memastikan anda boleh melakukan kerja dimana-mana sahaja tanpa masalah. Tetapi di Amerika Syarikat beberapa rangkaian hotel ternama seperti Hilton dan Marriot cuba meminta kebenaran dari FCC untuk menyekat penggunaan hotspot peribadi pelanggan bagi memaksa mereka membeli khidmat WiFi mereka. Alasan yang diberikan ialah penggunaan hotspot peribadi boleh mendatangkan masalah keselamatan terhadap rangkaian internet dan di samping mengganggu isyarat WiFi yang dibekalkan pihak hotel. Selain itu mereka juga mendakwa pengguna WiFi peribadi boleh melakukan serangan terhadap rangkaian seterusnya mencuri maklumat peribadi pelanggan yang menginap. Permintaan rangkaian hotel ini mendapat tentangan dari pengguna dan Google yang merasakan ianya tindakan tamak untuk memaksa pelanggan membeli perkhidmatan WiFi hotel yang mengenakan caj yang mahal. Oktober lalu sebuah hotel Marriot dikenakan denda $600 000 oleh FCC kerana menyekat pelanggan mereka dari menggunakan hotspot peribadi ketika sebuah konvensyen dijalankan di premis hotel. Ini bagi memaksa peserta konvensyen untuk membeli khidmat internet hotel yang dikenakan bayaran mencecah $1000.


Di Malaysia buat masa ini masih tiada tindakan keji seperti ini dilakukan. Malahan dari pengalaman kami jika ada pihak hotel yang berani melakukannya pastinya ia tindakan kurang bijak. Majoriti khidmat WiFI hotel yang kami gunakan adalah perlahan jika dibandingkan dengan kelajuan internet menggunakan telefon pintar kami sendiri. Tindakan pengusaha hotel Amerika Syarikat mahu menyekat penggunaan hotspot nyata sebuah tindakan tamak haloba.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Hotel Di Amerika Syarikat Ingin Menyekat Penggunaan Hotspot Peribadi Oleh Pelanggan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info