Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Mencari Rakan Kerjasama Untuk Kereta Yang Dipandu Automatik – Ingin Memasarkan Dalam Tempoh Kurang 5 Tahun

Google merupakan antara syarikat teknologi terawal yang mengumumkan projek untuk kereta yang dipandu automatik, dan telah menguji ia untuk beberapa tahun. Pada tahun ini, mereka turut telah mengumumkan sebuah kereta prototaip dalam penawaran terhad untuk membolehkan mereka mengujinya dengan lebih meluas.


Kereta Google


Terkini, melalui sebuah temu-ramah di WSJ, pihak Google mengumumkan yang mana mereka ingin mencari rakan kerjasama untuk membangunkan dan memasarkan kenderaan yang dipandu automatik menggunakan teknologi mereka. Google turut menyasarkan untuk memasarkan ia kepada pengguna umum dalam tempoh lima tahun akan datang – memperlihatkan kita mungkin akan melihatnya sebelum tahun 2020 kelak.


Selain Google, beberapa syarikat automotif yang lain turut sedang melihat kepada penawaran kereta yang dipandu dengan automatik – malah beberapa daripada mereka telah mula menguji kenderaan mereka tersendiri.


Pada masa yang sama, pelbagai syarikat teknologi juga dilihat ingin menawarkan sistem inforia kepada para pemandu untuk membolehkan mereka mengakses sokongan navigasi, mengetahui pelbagai info berkaitan kenderaan, dan beberapa perkara tambahan yang dioptimasikan mengikut gaya pemanduan seseorang. Google sendiri diura-ura akan hadir dengan Android Auto yang dipasang terus ke kereta – berbeza dengan sekarang yang memerlukan pengguna menghubungkan telefon pintar mereka.


Mungkin kita akan terus mendengar pelbagai perkembangan menarik dalam arena teknologi automotif pada tahun 2015 kelak.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Mencari Rakan Kerjasama Untuk Kereta Yang Dipandu Automatik – Ingin Memasarkan Dalam Tempoh Kurang 5 Tahun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info