Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Memperkenalkan Android Studio 1.0 – Memudahkan Pembangunan Aplikasi Android

Google pada tahun lepas telah memperkenalkan Android Studio dalam memudahkan para pembangun aplikasi untuk membangunkan aplikasi Android yang dioptimasikan untuk pelbagai saiz skrin dengan mudah. Terkini, setelah sekian lama dalam pembangunan, Android Studio versi 1.0 dilancarkan secara rasminya kepada umum.


Android Studio


Android Studio 1.0 ini merupakan salah satu IDE (Integrated Development Environment) yang ditawarkan untuk Windows, Mac dan juga Linux. Google mengatakan, menggunakan perisian ini, ia menjadikan pembangunan aplikasi lebih pantas dan produktif berbanding kebiasaannya.


Menggunakannya, ia hadir dengan beberapa pilihan template dalam memudahkan anda membangunkan aplikasi – termasuk penawaran beberapa kod contoh daripada Google. Android Studio ini turut menawarkan emulator dalam membolehkan anda menguji aplikasi yang dibangunkan pada pelbagai saiz skrin dengan mudah, dan melihat memori yang digunakan olehnya supaya anda boleh lebih mengoptimasikan aplikasi anda.


Bagi anda yang sedia menggunalan Eclipse dalam pembangunan aplikasi Android, kini boleh memuat-turun Android Studio ini sebagai ganti, dan mula menggunakannya dalam membangunkan aplikasi Android anda, dan mengoptimasikannya lebih kepada Android 5.0 Lolipop yang diumumkan Google baru-baru ini.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Memperkenalkan Android Studio 1.0 – Memudahkan Pembangunan Aplikasi Android"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info