Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar Awal Kerangka Huawei Ascend P8 Tertiris Dengan Binaan Berasaskan Logam

Huawei telah mula menggunakan rekaan kerangka berasaskan logam bermula pada Ascend Mate. Terkini, beberapa gambar hadir dikatakan sebagai kerangka casis untu Ascend P8 yang mungkin diumumkan sekitar Mac 2015 kelak.


Huawei Ascend P8 akan menjadi kemaskini kepada Ascend P7 sebelum ini – yang mana merupakan keluarga telefon pintar dengan rekaan premium, dan saiz skrin sekitar 5-inci. Ia berbeza dengan Ascend Mate yang mana memfokuskan kepada penawaran peranti phablet daripada Huawei.


Huawei Ascend P8


Huawei Ascend P7 ini dikatakan akan menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci, dan dilengkapi cip pemprosesan tersendiri daripada Huawei, iaitu HiSilicon Kirin 930. Daripada rekaan kerangka yang tertiris, ia dilihat akan menyertakan hanya satu LED sahaja pada bahagian belakang peranti.


Pada masa yang sama, kerangka yang tertiris ini juga boleh dikatakan sebagai rekaan awal untuknya, dan tidak mustahil jika pihak Huawei memperkenalkan beberapa perubahan untuknya pada versi akhir.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Awal Kerangka Huawei Ascend P8 Tertiris Dengan Binaan Berasaskan Logam"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info