Facebook baru-baru ini telah mengumumkan kemaskini pada bahagian carian, membolehkan para pengguna untuk membuat carian perkongsian pada Facebook dengan lebih efektif lagi berbanding sebelumnya. Bersama-sama kemaskini tersebut, pihak Facebook turut dilihat telah membuang sokongan enjin carian Bing pada laman mereka.
Melalui perubahan ini, pihak Facebook tidak lagi memperlihatkan carian daripada web, sebaliknya memfokuskan kepada penawaran hasil carian untuk perkara-perkara yang pernah dikongsian di Facebook sahaja – termasuk pautan-pautan yang dikongsikan di Facebook.
Ia boleh dikatakan pengguna agak jarang membuat carian di Facebook berbanding Google pada masa kini, Pihak Facebook sendiri telah membawakan beberapa perubahan pada sokongan carian mereka sejak setahun dua yang lepas – termasuk penggunaan kotak carian yang bersaiz lebih besar dan menonjol berbanding sebelum ini.
Perubahan ini hanya untuk bahagian enjin carian sahaja, dimana untuk bahagian peta, pihak Facebook masih kekal menggunakan Bing Maps.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Tidak Lagi Menawarkan Carian Web – Membuang Sokongan Enjin Carian Bing"