Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Elaine Daly bergelar isteri





Kuala Lumpur: Pengacara televisyen, model dan pelakon Elaine Daly selamat melangsungkan perkahwinan dengan doktor berasal dari Afrika Selatan, Nik Boden di sini, petang tadi.





Majlis yang berlangsung di sebuah restoran di Kampung Pandan di sini, dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan daripada industri seni.



Elaine, 38, berkata, dia berkenalan dengan Boden, 37, pada Mac lalu melalui seorang rakan sebelum mereka bertunang pada Julai lalu.



"Saya gembira kerana akhirnya ditemukan jodoh dengan lelaki yang baik hati dan memahami kerjaya saya," katanya.



Pengacara program ntv7 Bella itu berkata, dia dan suami juga akan mengadakan resepsi perkahwinan di Afrika Selatan untuk pihak lelaki pada Januari ini.



"Sebelum itu, kami akan mengadakan resepsi perkahwinan di Puncak Damai, Genting Highlands untuk saudara-mara serta kenalan rapat pada Sabtu ini," katanya.



Turut hadir di majlis adalah selebriti Hans Issac, Fazura, Sazzy Falak, Daphne Iking dan Vanessa Chong.

Boden sudah 11 tahun menetap di negara ini dan mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

  • Isteri Awie dakwa sijil nikah palsuButterworth: Isteri penyanyi rock terkenal, Awie, Rozana Misbun membuat laporan di Balai Polis Butterworth, 3.30 petang …
  • 7 Tips Mengekalkan Cinta Berbeza UsiaCinta tidak mengenal usia. Ramai yang berbahagia walaupun pasangan jauh lebih tua atau muda dari dirinya. Yang penting, …
  • Peniaga Myanmar mati dikeratKUALA LUMPUR – Misteri kehilangan seorang peniaga warga Myanmar yang diculik di Jinjang Utara, Sentul dekat sini kira-ki…
  • Dipenjara curi susu, kicapMelaka: Gara-gara mencuri pelbagai barangan termasuk dua bungkus susu formula serta kicap di sebuah pasar raya, seorang …
  • 13 kenderaan berlanggarKuala Pilah: Tiga sekeluarga nyaris maut dan cedera ringan dalam kemalangan membabitkan 13 kenderaan di Kilometer 23 Jal…
0 Komentar untuk "Elaine Daly bergelar isteri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info