Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ditemui berbalut tanpa tali pusat





Klang: Bayi perempuan cukup sifat yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di hadapan rumah di Jalan Batu Nilai, Bukit Tinggi, di sini, pagi ini.





Bayi terbabit ditemui wanita warga Indonesia yang mahu keluar daripada rumahnya dan lengkap berbalut dengan kain serta diletakkan di pintu depan rumah berkenaan.



Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Goh Lee Fook, berkata sebaik menemui bayi terbabit, wanita berusia 40-an itu membawanya masuk ke rumah dan mendapati tali pusat bayi sudah dipotong.



"Bayi terbabit dipercayai dilahirkan dalam 24 jam lalu dan tiada dokumen ditinggalkan bersamanya. Polis yang dimaklumkan penemuan itu kemudian ke lokasi sebelum membawa bayi itu ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ditemui berbalut tanpa tali pusat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info