Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Buang bayi dalam tong sampah





Ampang: Mayat seorang bayi perempuan ditemui di dalam tong sampah di pintu A Hospital Ampang, Pandan Mewah kira-kira 6.30 pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, bayi yang baru dilahirkan itu ditemui seorang tukang bersih hospital sebelum memaklumkan kepada pengawal keselamatan hospital.

Katanya, bayi berkenaan dipercayai dilahirkan 24 jam yang lalu dan mangsa juga sudah dipotong tali pusatnya.

"Mayat mangsa sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat dan laporan bedah siasat mendapati bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman dan luaran.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. - METRO ONLINE





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Buang bayi dalam tong sampah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info