Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Online Store Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Menyokong Pembayaran COD

Asus Malaysia hari ini secara rasminya telah pun melancarkan Asus Store mereka kepada para pengguna tempatan, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan membuat pembelian peranti daripada Asus terus melalui online dan menerimanya di rumah mereka.


Asus Store Malaysia


Pengenalan Asus Store ini dilihat selari dengan perkembangan dunia e-dagang yang semakin popular dikalangan rakyat tempatan dari hari ke hari.


Bercakap mengenai Asus Store, pihak Asus Malaysia mengatakan mereka akan memproses dan membuat penghantaran pada hari bekerja, dimana pelanggan di Semenanjung Malaysia akan menerima produk mereka dalam tempoh 2 hari bekerja, sementara di Sabah dan Sarawak dalam tempoh 3 hari bekerja.


Untuk pembayaran pula, Asus Malaysia menerima pembayaran kad kredit dan juga turut menawarkan pembayaran COD, dimana pengguna membayar ketika menerima produk mereka.


Dengan pengenalan Asus Store ini juga, Asus Malaysia mengatakan akan mula menawarkan pelbagai promosi dan sebagainya terus melalui laman berkenaan. Buat masa ini, Asus hanya menawarkan Zenfone 4, Zenfone 5 dan juga Zenfone 6 sahaja melalui Asus Store ini, dan ia dijangka akan ditambah dengan produk lain dari semasa ke semasa.


Layari : Asus Store





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Online Store Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Menyokong Pembayaran COD"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info