FitMalaysia merupakan salah satu program dibawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mengalakkan gaya hidup aktif dan sihat dikalangan belia hari ini. Dengan ramai pengguna yang menggunakan peranti mudah-alih hari ini, kini aplikasi FitMalaysia turut disediakan untuk Android dan iPhone, sekaligus memudahkan para belia mengetahui aktiviti sukan dan kecergasan yang terdapat sekitar mereka.
Menggunakan aplikasi berkenaan, anda boleh mendaftarkan akaun baru secara manual ataupun menggunakan akaun Facebook anda. Selepas itu, pengguna boleh memilih untuk menambah sukan kegemaran mereka pada profil mereka.
Seterusnya, anda boleh melihat aktiviti-aktiviti yang diadakan berhampiran anda untuk sukan yang telah dipilih, sekaligus memudahkan anda untuk menyertainya. Menggunakan aplikasi FitMalaysia juga, anda boleh membuat program sukan atau kecergasan anda sendiri, dan mengajak yang lain menyertainya – sekaligus beroperasi sebagai salah satu laman sosial untuk mereka yang meminati arena sukan.
Melalui penggunaan ringkas kami untuk aplikasi FitMalaysia, ia kelihatan amat kemas, dan pada permulaannya, ia turut menawarkan tutorial ringkas untuk menggunakan aplikasi berkenaan termasuk untuk anda membuat sesuatu acara sukan dan mengajak yang lain menyertainya.
Selain mengajak rakan-rakan yang lain bersukan dan bermain bersama-sama anda, aplikasi ini juga turut membolehkan anda menemui rakan-rakan baru dengan minat dan hobi yang serupa dengan mudah. Bagi anda yang mempunyai peranti Android atau iPhone, boleh memuat-turunnya dan menggunakan aplikasi ini untuk aktiviti sukan mingguan anda.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi FitMalaysia Diperkenalkan – Memudahkan Anda Bersukan Dengan Rakan Berdekatan Yang Lain"