Baru sahaja pada minggu lepas pihak Amazon menawarkan sejumlah aplikasi dan permainan secara percuma sempena hari Natal, dan hari ini, bersempena Tahun Baru Cina, pihak Amazon turut sama menawarkan hampir 33 aplikasi dan permainan secara percuma kepada pengguna peranti Android dan BlackBerry 10.3.
Pada penawaran kali ini, antara yang menarik perhatian kami adalah permainan Monopoly, Fruit Ninja, Riptide GP2, selain aplikasi lain seperti AVG Antivirus dan juga Remote Desktop Client.
Untuk memuat-turun aplikasi ini secara percuma, pengguna terlebih dahulu memerlukan Amazon AppStore pada peranti mereka, dimana ia boleh di muat-turun sebagai APK berasingan, dan memasangnya pada telefon pintar atau tablet. Selepas itu, anda perlu mendaftarkan sebuah akaun Amazon, dan mula mendapatkan pelbagai aplikasi ini secara percuma.
Selain daripada penawaran aplikasi ketika perayaan, pihak Amazon juga turut menawarkan satu aplikasi percuma setiap hari melalui perkhidmatan mereka ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Amazon AppStore Tawar 33 Aplikasi Percuma Sempena Tahun Baru – Termasuk Monopoly, Fruit Ninja, Riptide GP2"