Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ajal ke surau untuk Isyak





Alor Setar: Dua kanak-kanak bersaudara maut apabila dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum tercampak kira-kira 10 meter ketika sedang melintas untuk ke surau di Jalan Datuk Kumbar di sini, malam tadi.






Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, dua sepupu itu, Abdul Ghaffar Ibrahim, 9, dan Azraie Mohamad Shariff, 8, dipercayai sedang dalam perjalanan dari rumah nenek mereka di Kampung Pengapit Batu, di sini ke surau berhampiran bagi menunaikan solat Isyak.



Difahamkan, kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala sebelum mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, malam tadi.



Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.



"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ajal ke surau untuk Isyak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info