Sembang Maniac

Sembang-sembang je

6 Perkara Yang Kita Sukakan Tetapi Ditamatkan Pada Tahun 2014

Arena teknologi bergerak amat pantas, membuatkan beberapa perkara ditamatkan oleh pembangun atau pengeluarnya. Tahun 2014 turut tidak ketinggalan untuk memperlihatkan beberapa produk dan perkhidmatan kegemaran ramai yang ditamatkan perkhidmatannya. Dengan tahun 2014 yang semakin menghampiri penamatnya, berikut merupakan antara perkhidmatan yang mungkin kami sukakan tetapi ditamatkan pada tahun 2014 ini.


Windows XP

Windows XP


Salah satu sistem operasi yang digunakan ramai ketika mengakses internet buat pertama kalinya, iaitu Windows XP telah pun ditamatkan sokongannya pada tahun ini. Perkara ini merupakan salah satu perkara yang sedia dijangka, apatah lagi dengan Microsoft yang telah mengeluarkan Vista, Windows 7, Windows 8, dan juga Windows 8.1 selepas sistem operasi Windows XP ini.





Jenama Nokia

Nokia 3310


Walaupun syarikat Nokia masih kekal beroperasi dan hadir dengan beberapa produk baru seperti tablet, selain turut memfokuskan kepada aplikasi HERE Maps, jenama ini mungkin dirindui ramai untuk seketika sebelum ia kembali semula. Pada tahun ini, pengambil-alihan bahagian peranti Nokia telah selesai sepenuhnya menjadi milik Microsoft, dan lanjutan daripadanya sejumlah perkara telah berubah dan ditamatkan. Antara yang ditamatkan adalah termasuk Nokia X, Nokia Store, dan juga peranti Lumia baru yang tidak menggunakan jenama Nokia lagi – sebaliknya menggantikan ia kepada Microsoft Lumia.




Twitpic

Salah satu perkhidmatan terawal yang menawarkan kebolehan untuk hoskan gambar sebelum dikongsikan melalui Twitter. Dengan pihak Twitter yang sedia menawarkan sendiri perkhidmatan secara terbina, selain beberapa perkara berkaitan organisasi Twitpic dan Twitter, syarikat tersebut telah mengambil langkah untuk menamatkan perkhidmatan mereka dan memindahkan data kepada Twitter.




iPod Classic

iPod Classic


iPod Classic boleh dikatakan salah satu pemain muzik daripada Apple yang diminati ramai. Apple telah sekian lama tidak mengemaskininya, dan pada tahun ini ia dilihat mereka telah tidak lagi menjual iPod Classic kepada umum. Di Malaysia sendiri boleh dikatakan ia agak sukar untuk diperolehi, tetapi masih terdapat beberapa kedai yang menjualnya. Mungkin anda yang meminati produk Apple atau pemain muzik, boleh mendapatkannya dan menyimpannya sebagai koleksi anda.




Bump

Bump - Sentuh


Bump merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan kita menghantar gambar atau dokumen dari satu peranti ke peranti yang lain, termasuk daripada telefon pintar ke komputer dan sebaliknya. Ia telah diambil-alih oleh Google pada tahun 2013, dan pada tahun ini mereka telah menamatkannya – membuatkan pengguna terpaksa mencari alternatif lain untuk memindahkan fail dari peranti ke peranti lain.




Yahoo! News Malaysia

Yahoo! Malaysia


Walaupun tidak begitu ramai yang menggunakan enjin carian Yahoo!, tetapi boleh dikatakan sejumlah pengguna masih bergantung kepadanya sebagai halaman utama web, ataupun untuk mengikuti berita dan sebagainya. Menutup tahun 2014, pihak Yahoo! telah mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sejumlah perkhidmatan media untuk pasaran Malaysia, termasuk Yahoo! News dan beberapa yang lain.




Lain-Lain

Sejumlah perkhidmatan lain turut telah ditamatkan pada tahun 2014 ini, dimana antaranya adalah termasuk:

Maxis LokerPerkhidmatan storan awan daripada Maxis.

Maxis ebuuk – Perkhidmatan buku digital daripada Maxis.

MetroTwit – Perisian klien Twitter untuk desktop.

Microsoft ClipArtFungsi seni vektor yang terbina pada Microsoft Office.

YesLife DesktopPerisian membuat panggilan dan menghantar mesej daripada pihak Yes 4G.

Komputer Riba SamsungPihak Samsung dilihat mengurangkan fokus terhadap komputer riba berasaskan Windows.

Orkut – Salah satu laman sosial milik Google.

Ubuntu One – Perkhidmatan storan awan daripada Ubuntu.

Firefox Metro – Pelayar web Firefox yang dioptimasikan untuk Windows 8.

Facebook Email – Sokongan emel pada Facebook.

Intel AppUp – Kedai aplikasi dan perisian untuk pengguna desktop.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "6 Perkara Yang Kita Sukakan Tetapi Ditamatkan Pada Tahun 2014"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info