Sembang Maniac

Sembang-sembang je

11 Jenama Telefon Pintar Dari China Yang Kini Ditawarkan Di Malaysia

Sepanjang tahun ini, pelbagai pengeluar peranti mudah-alih baru telah hadir ke pasaran tempatan, dan mula menawarkan telefon pintar pada harga yang amat rendah dan bersaing dengan pelbagai pengeluar terkemuka. Kebanyakkan pengeluar baru yang hadir adalah dari China, dan berikut adalah 10 jenama pengeluar telefon pintar dari China yang kini diedarkan secara rasmi di Malaysia.


Alcatel OneTouch


Kedai Konsep Alcatel MalaysiaAlcatel OneTouch telah mempunyai pengedar mereka di Malaysia sejak sebelum ini lagi, dan ia lebih memfokuskan pemasaran peranti berspesifikasi rendah dan juga pertengahan.


Bagi yang tidak mengenali akan Alcatel OneTouch, ia merupakan syarikat kerjasama memfokuskan kepada telefon pintar dan tablet hasil gabungan Alcatel-Lucent dari Perancis dan juga TCL Communication di China.


Pada tahun ini, Alcatel OneTouch telah memasarkan sejumlah peranti mereka untuk pasaran tempatan, termasuk antaranya adalah OneTouch Idol S pada harga RM899, OneTouch Hero pada harga RM1399, Idol X+, Idol Alpha, dan paling terkini adalah OneTouch Flash. Mereka juga turut mempunyai kedai konsep pertama di Plaza LowYat, Kuala Lumpur yang dibuka pada tahun ini.




Huawei


Huawei ArsenalHuawei sedia popular dikalangan ramai pengguna tempatan sejak beberapa tahun yang lepas memandangkan syarikat telekomunikasi telah mula menawarkan modem mudah-alih untuk perkhidmatan mereka dengan menggunakan jenama Huawei. Lanjutan daripada itu, pihak Huawei turut sama telah mula menawarkan peranti mudah-alih mereka daripada telefon pintar sehinggalah tablet dan juga gelang tangan pintar.


Di Malaysia, pada tahun ini mereka turut sama telah memperkenalkan kedai flagship pertama mereka, selain mana turut memperkenalkan sejumlah peranti baru untuk pasaran tempatan. Antara peranti baru yang diperkenalkan adalah termasuk MediaPad X1, Talkband B1, Huawei Ascend P7, Ascend G6, Huawei Ascend Mate 7, dan juga Ascend G7. Mereka juga turut telah memenangi “Anugerah Sekuriti Siber” daripada CyberSecurity Malaysia pada tahun ini.




Honor


Honor 6Honor merupakan salah satu syarikat subsidiari dibawah pihak Huawei, dimana mereka memfokuskan kepada penjualan peranti melalui dalam-talian sahaja. Untuknya, pihak Huawei menggunakan VMall, dan ia dijual terus kepada pelanggan tanpa perlu melalui pengedar ataupun penjual lain. Perkara ini membolehkan pihak Honor menjimatkan perbelanjaan, dan menawarkan peranti pada harga yang amat rendah.


Di Malaysia, melalui VMall, pihak Honor telah menawarkan sejumlah peranti, termasuk antaranya adalah Honor 3C, Honor Tablet, Honor 6 dan juga Honor 3C Lite.


Baru-baru ini juga mereka telah memperkenalkan dua lagi telefon pintar baru di China, dan ia mungkin memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat ini. Peranti yang telah diumumkan adalah Honor 6 Plus dan juga Honor 4X.




Leagoo


LeagooLeagoo merupakan satu lagi jenama baru yang telah memasuki arena tempatan pada tahun ini. Leagoo merupakan syarikat dibawah OTEDA Group, yang mana sebelum ini turut pernah hadir dengan keluarga peranti iGlo Mobile.


Leagoo mempunyai sejumlah penawaran peranti dibawah mereka untuk pasaran tempatan, bermula dari harga RM199 sehingga ke RM699. Empat peranti pintar telah sedia ditawarkan, iaitu Lead 1, Lead 2, Lead 3 dan juga Lead 4 pada bulan Oktober yang lepas, sebelum mereka turut menambah penawaran peranti Lead 5 yang hadir dengan cip empat-teras pada harga RM399 pada bulan November 2014.




Lenovo


Lenovo Vibe X2Salah satu jenama yang tidak asing bagi pengguna tempatan, dimana mereka mempunyai penawaran komputer riba, selain daripada tablet dan juga telefon pintar. Lenovo juga merupakan antara pengeluar peranti mudah-alih yang terbesar, dan mereka turut menawarkan sejumlah peranti mereka dengan syarikat telekomunikasi tempatan – membolehkan pengguna mendapatkan ia pada harga serendah RM150 dengan langganan percuma untuk talian telekomunikasi untuk beberapa bulan.


Di Malaysia, antara peranti yang telah dijual adalah termasuk Lenovo Vibe X2 dengan rekaan kerangka berlapis, Lenovo Vibe Z2 Pro, Lenovo S850, Lenovo Vibe Z – dan sejumlah komputer riba dan tablet berasaskan Windows.




Meizu


Meizu MX4 ProMeizu telah memasuki pasaran Malaysia secara rasmi baru-baru ini, dimana buat masa ini mereka hanya menawarkan satu sahaja peranti mereka di Malaysia – iaitu Meizu MX4. Meizu MX4 membawakan rekaan yang amat menarik, dilengkapi kamera belakang 20.7-megapixel, dan turut hadir dengan antaramuka khusus daripada Meizu dinamakan FlymeOS.


Pihak Meizu turut berkongsi perancangan mengatakan mereka akan turut hadir dengan beberapa peranti baru lain pada tahun hadapan, selain turut menyasarkan untuk membuka sehingga enam pusat khidmat pelanggan di Malaysia bagi membolehkan pengguna menghantar peranti untuk dibaiki sekiranya terdapat masalah.




Oppo


Oppo R5Pada tahun ini, Oppo dilihat agak agresif di Malaysia dalam memasarkan peranti mereka, termasuk menaja Piala Malaysia dan juga Maharaja Lawak. Menurut Oppo, mereka kini mempunyai pegangan pasaran sekitar 8% di Malaysia – yang mana antara yang tertinggi di rantau Asia Tenggara. Berbanding dengan beberapa pengeluar lain dari China, kebanyakkan harga penawaran peranti Oppo adalah agak premium, dan mereka juga mempunyai beberapa peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah.


Peranti mudah-alih yang menjadi fokus utama pihak Oppo pada tahun ini adalah termasuk Find 7 yang hadir dengan skrin 2K, Oppo Find 7A, Oppo N1 Mini, Oppo N3 dan juga Oppo R5 yang dipasarkan sebagai peranti paling nipis daripada mereka.




Vivo


VivoVivo merupakan satu lagi jenama telefon pintar baru yang telah memasuki pasaran tempatan pada tahun ini, dimana mereka menawarkan sejumlah peranti untuk pasaran tempatan, termasuk antaranya adalah Vivo XPlay3S dan juga Vivo XShot.


Di Malaysia, Vivo dilihat memfokuskan kepada pemasaran tradisional, dimana mereka lebih banyak mengiklankan peranti mereka di papan tanda pada jalan-jalan utama, selain turut mengiklankan produk mereka di kaca televisyen dan juga panggung wayang.


Selain daripada Malaysia, Vivo turut telah memperluaskan penawaran mereka ke Indonesia, Thailand dan juga India pada tahun ini dalam terus memperluaskan jenama produk mereka.




Xiaomi


Xiaomi Plaza LowyatJenama yang mungkin tidak begitu asing bagi pengemar peranti Android, dimana pada tahun ini jenama Xiaomi telah meningkat popular di seluruh dunia. Perkara ini juga selari dengan langkah pihak Xiaomi dalam memasarkan produk mereka dengan lebih meluas ke pasaran luar China.


Xiaomi menggunakan model pemasaran yang agak berbeza, dimana mereka tidak membazirkan wang pada pengiklanan, dan turut memilih untuk menjual produk terus kepada pelanggan – membolehkan mereka mengurangkan kos dan menawarkan peranti pada harga rendah.


Di Malaysia, mereka telah sedia menawarkan Xiaomi Mi 3, Redmi Note, Redmi 1S dan juga Mi Band. Ke semua peranti ditawarkan dalam kuantiti yang amat terhad dan dijual melalui web – membuatkan ramai yang sering terlepas untuk mendapatkan peranti mereka. Beberapa syarikat telekomunikasi juga telah mula menawarkan peranti Xiaomi bersama-sama pakej mereka, selain ia turut dijual melalui Lazada. Disamping itu, Xiaomi turut telah membuka pusat khidmat eksklusif mereka di Malaysia pada tahun ini.




Zopo


ZOPO ZP998Zopo Mobile merupakan satu lagi syarikat dari China yang berpengkalan di Shenzhen. Mereka telah memulakan syarikat pada tahun 2012 dan pada tahun ini mereka telah memasuki pasaran Malaysia secara rasminya.


Zopo di Malaysia menawarkan sejumlah peranti berasaskan Android – lebih kurang seperti beberapa pengeluar lain. Namun, pihak Zopo turut mempunyai beberapa kelebihan lain, dimana sebelum ini mereka telah hadir dengan telefon pintar dwi-SIM dengan paparan 3D di China, selain turut memasarkan telefon dengan Sailfish OS di India.


Di Malaysia, mereka telah menawarkan telefon berasaskan Android dengan cip MediaTek, dimana ia membawakan penawaran harga antara RM498 sehingga RM1098.




ZTE


ZTE Malaysia OktoberZTE telah memasarkan telefon pintar mereka di Malaysia beberapa tahun yang lepas, sebelum mereka menghentikannya untuk sementara. Pada tahun ini, mereka kembali semula dan telah melancarkan sebanyak lima telefon pintar baru. Menjadi fokus utama pemasaran mereka di Malaysia adalah ZTE Star 1. Pihak ZTE tidak lagi memasarkan peranti berspesifikasi tinggi mereka di Malaysia buat masa ini, dan dijangka akan melakukannya pada tahun hadapan.


Selain daripada penawaran peranti mudah-alih, pihak ZTE turut mempunyai kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dalam membangunkan infrastruktur mereka. Kebanyakkan syarikat telekomunikasi tempatan menggunakan khidmat mereka, dan yang terkini memeterai perjanjian dengan pihak ZTE adalah U Mobile dalam usaha untuk memperkukuhkan penawaran rangkaian mereka di Malaysia.








Banyak lagi menarik FB kami



https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "11 Jenama Telefon Pintar Dari China Yang Kini Ditawarkan Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info