Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Subsidi Petrol RON95 Dimansuh Bermula 1 Disember

Subsidi Petrol RON95 Dan Diesel Dimansuhkan. Tiada Lagi Subsidi Bagi Ron 95 dan Diesel Mulai 1 Disember, Putrajaya henti subsidi RON95, diesel bermula 1 Disember.






Subsidi untuk minyak petrol RON95 dan diesel akan dihapuskan dan harga akan ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti harga pasaran global mulai 1 Disember ini.



Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, perkara ini telah dipersetujui oleh Kabinet dan pelaksanaannya sama seperti harga runcit RON97 yang telah dibuat sejak Julai 2010.



Keputusan Kabinet untuk menetapkan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember 2014 ini merupakan langkah terbaik mengatasi inflasi dan kemelut kos sara hidup rakyat yang sangat mengganas sekarang ini.



Melalui pengapungan terkawal ini kerajaan akan menentukan harga Ron95 dan Diesel mengikut kaedah RON 97 iaitu bergantung kepada pengiraan harga semasa selama 3-6 bulan sekali.



Ini bermakna sungguhpun subsidi telah ditarik balik, petrol dan diesel masih merupakan barang kawalan dan tidak boleh ditentukan oleh peruncit sesuka hati seperti di kebanyakan negara lain. Adalah dijangka pengahpusan subsidi ini tidak membabitkan sebarang perubahan harga dalam masa terdekat ini.



Dalam masa yang sama kaedah ini mengelakkan peruncit menaikkan harga berulang kali setiap kali kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi Petrol tetapi tidak menurunkan harga apabila harga petrol diturunkan.



Ketika menumumkan keputusan kabinet ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, berikutan itu harga kedua-dua harga bahan bakar api itu akan dilaksanakan sama seperti harga runcit RON97 yang telah dibuat sejak Julai 2010.



Bagaimanapun pada hemat saya kerajaan perlu memperkenalkan harga maksimum tahunan untuk Ron 95 dan Diesel ini.



Jika paras harga RON 95 dan Diesel dunia melebihi harga yang maksimum yang ditetapkan, maka kerajaan perlu memberi subsidi sementara sehingga ia kembali ke paras yang realistik.



Melalui kaedah penetapan harga maksimum ini ia memudahkan rakyat, peniaga dan usahawan merancang bajet dan perbelanjaan mereka serta menetapkan harga barangan.



Ini sekaligus mengelak kenaikan harga yang berlipat kali ganda setiap kali perubahan harga petrol.



Mungkin juga dalam mengurangkan bebanan subsidi ketika harga RON 95 dan Diesel melambung tinggi, maka kerajaan perlu mewujudkan stok penimbal sendiri bagi membolehkan ia mengawal harga pasaran dalam negara selama beberapa tahun.



Membenarkan RON 95 menjadi tidak stabil juga tidak bagus kepada negara biarpun ia menjimatkan kos pengurusan subsidi.



Ini akan menggalakan inflasi dan perbelanjaan syarikat dan individu di luar jangkaan kerana harga minyak dunia sendiri tidak stabil dan bergantung kepada manipulasi pasaran.



Sumber: http://ift.tt/1F7nBAy







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Subsidi Petrol RON95 Dimansuh Bermula 1 Disember"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info