Sembang Maniac

Sembang-sembang je

‘Mereka benci’





Pendang: “Sehingga kini, saya masih trauma akibat dibelasah bekas suami bersama ahli keluarganya walaupun kejadian itu sudah empat bulan berlalu. Cuma saya perlu tabah kerana perlu mencari nafkah untuk membesarkan anak tunggal selain membantu ibu bapa yang uzur.”








Begitu kata Suza (bukan nama sebenar), 27, dari Mukim Air Puteh, di sini, apabila mendakwa dihantui ketakutan setiap kali keluar rumah kerana masih dibayangi kejadian dibelasah di luar pintu Mahkamah Syariah Pendang sejurus selesai prosiding perceraiannya dengan lelaki berusia 20-an terbabit pada Julai lalu.





Akibat kejadian itu, wanita terbabit mendakwa mengalami kecederaan ringan di muka, bahu, tangan, lutut dan kaki lalu membuat laporan di Balai Polis Pendang pada hari sama bagi memastikan keselamatannya.





Menurutnya, walaupun perlu menerima hakikat perceraian itu dan lebih banyak mendiamkan diri, sehingga kini dia tidak tahu punca sebenar diceraikan oleh bekas suami, malah turut dibenci keluarga mentua.





Katanya, sememangnya dia masih bersedih dengan kejadian menimpa dirinya, namun bersyukur kerana kehidupan dilaluinya kini bertambah baik.





“Walaupun kejadian itu membuatkan maruah saya dan keluarga tercemar, saya tidak mahu berdendam dan berdoa Allah SWT membuka pintu hati mereka untuk berubah.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

  • Perut terburai ditikamIpoh: Seorang lelaki warga Indonesia maut dipercayai akibat ditikam dengan senjata tajam hingga menyebabkan perut terbur…
  • Bayi Lelaki Maut Dilanggar Bapa SendiriBALIK PULAU: Bayi lelaki berusia setahun enam bulan maut dilanggar oleh kereta bapanya di kediaman keluarga mangsa di Ja…
  • Tergelincir ke sungai ketika berwudukPasir Puteh: “Kami baru bertunang bulan lalu dan sepatutnya disatukan pada Mei depan, tetapi arwah pergi dulu menghadap …
  • Derita Kulit tumbuh kukuBaltimore, Amerika Syarikat: Seorang wanita muda di sini menghidap penyakit kulit pelik sejak 2009 yang menyebabkan kuku…
  • 16 termasuk dua bayi terperangkapMelaka: Seramai 16 individu termasuk dua bayi dan seorang kanak-kanak terperangkap kira-kira 40 minit dalam lif di Hospi…
0 Komentar untuk "‘Mereka benci’"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info