Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerajaan UMNO/BN Mungkin Ditukar Sekiranya Tidak Berubah





KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kedudukan sebagai kerajaan pemerintah jika tiada inisiatif baharu dilaksanakan untuk menjadikan parti itu kekal relevan.



Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, menegaskan keadaan semasa menunjukkan 44 kerusi parlimen milik BN berada dalam kategori ‘kelabu’ dan sekiranya undi rakyat jatuh sekitar dua peratus sahaja, mereka akan kehilangan majoriti minimum yang diperlukan untuk menjadi kerajaan.

“(Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13) BN mempunyai 44 kerusi ‘kelabu’, yang mana kita menang antara 0.1 hingga 5.9 peratus majoriti sahaja. Hanya dengan penurunan undi dua peratus sahaja, maka akan jadi 103 kerusi parlimen, kurang daripada 112 (majoriti minimum) dan BN akan kalah.

“Dua peratus bukan banyak, kalau saudara kira bahagian parlimen, kalau undi sekian banyak, kiralah dua peratus turun, maka kita akan ada dalam keadaan amat berbahaya,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2014, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Dalam ucapannya, Muhyiddin turut membentangkan visual infografik yang menunjukkan trend sokongan terhadap BN semakin menurun dari PRU ke-11 (2004) hinggalah ke PRU ke-13 (2013). – BERNAMA





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

  • Tak jadi ditelan anacondaLos Angeles: Tindakan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) merakamkan aksinya 'ditelan hidup-hidup' seekor ular untuk ak…
  • ‘Sakit hilang lihat anak sihat’Ipoh: “Melihat keadaan Putra Muhammad Ilyas Rahizalkhiri yang sangat aktif selepas seminggu dibedah, kesakitan yang saya…
  • Cari sampai lubang cacingShah Alam: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang mengesan 12 individu berhubung insiden pergaduhan pada perlawanan se…
  • Pelakon berhutang serah beg tiruanKuala Lumpur: Tembelang seorang pelakon wanita bergelar Datin menawarkan beg tangan berjenama yang didakwa tulen bagi me…
  • Liyana Manan bercerai talak 1Shah Alam: Bekas teman lelaki pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd Jais dan isterinya Nur Liyana Manan sah berce…
0 Komentar untuk "Kerajaan UMNO/BN Mungkin Ditukar Sekiranya Tidak Berubah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info