Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bagaimana Saya Bermula? – Kisah Disebalik Permulaan Angry Birds

Angry Birds merupakan salah satu permainan popular pada peranti mudah-alih. Beberapa tahun dahulu, ia telah menjadi salah satu fenomena, sehingga terdapat segelintir pengguna memilih telefon berdasarkan kepada sokongan kepada permainan Angry Birds. Kini, Angry Birds ditawarkan pada semua platform mudah-alih utama, disamping turut hadir dengan pelbagai variasi judul berbeza.


Peter Vesterbacka, RovioBerkongsi mengenai kisah permulaan, Peter Veterbacka yang memegang posisi Mighty Eagle berkongsi permulaan syarikat Rovio itu sendiri. Segalanya bermula sekitar tahun 2003 yang lepas, dimana tiga orang pelajar universiti telah menyertai salah satu pertandingan membangunkan permainan mudah-alih yang ditaja oleh Nokia. Ketika itu, Nokia masih memegang pasaran peranti mudah-alih utama, sementara Apple tidak lagi memasuki pasaran peranti mudah-alih, apatah lagi peranti berasaskan Android.


Ketika pertandingan tersebut, mereka telah membangunkan permainan King of Cabbage World yang mana merupakan salah satu permainan berbentuk multiplayer. Mereka memenangi pertandingan tersebut, dan seterusnya permainan tersebut dijual kepada salah satu syarikat permainan. Mereka kemudian memulakan sebuah syarikat permainan, yang dijenamakan kepada Rovio Mobile pada tahun 2005.


Rovio Mobile amat popular pada hari ini, tetapi tidak begitu popular sebelum pengenalan Angry Birds. Angry Birds merupakan permainan yang ke-52 daripada pihak Rovio. Sebelum Angry Birds, sebanyak 51 permainan tidak memberikan impak yang sebegitu besar. Beberapa permainan yang dibangunkan oleh mereka telah dijual kepada penerbit yang lain, dan pada tahun 2009, mereka mengalami sedikit krisis kewangan, dan memerlukan mereka untuk hadir dengan sebuah permainan yang tepat.


Angry BirdsSebelum membangunkan Angry Birds sendiri, pihak Rovio telah membuat pelbagai kajian berkenaan pengguna. Ketika itu, mereka menyasarkan pengguna iPhone, dan memandangkan ia meliputi pelbagai jenis pengguna, pihak Rovio ingin hadir dengan sebuah permainan yang mesra untuk dimainkan oleh semua pengguna tanpa mengira latar belakang. Konsep awal dibangunkan dalam bentuk paparan skrin, dan ketika itu lakaran watak burung tanpa sayap dan tidak boleh terbang menarik perhatian ramai dalam pasukan Rovio. Apa pun, menurut Peter, konsep awal permainan jauh berbeza dengan apa yang kita ketahui hari ini.


Permainan Angry Birds ini kemudiannya telah dibangunkan sebagai sampingan, sementara mereka turut membangunkan empat permainan lain untuk penerbit permainan yang lain. Angry Birds versi pertama telah diterbitkan pada Disember 2009 untuk iPhone.


Ketika permulaan, mereka tidak menerima angka muat-turun yang besar kerana mereka menyasarkan pasaran global. Namun, setelah berbincang, mereka hadir dengan konsep untuk menyasarkan sebuah negara terlebih dahulu sebelum memperluaskannya. Mereka kemudian berjaya mencapai angka pertama dalam AppStore di Finland (negara asal) dalam tempoh yang singkat, sebelum ia terus mencapai tangga pertama di beberapa negara lain selepas itu. Hanya beberapa pembelian yang diperlukan oleh mereka sebelum mencapai angka pertama di sesetengah negara. Selain daripada itu, mereka juga turut bekerjasama dengan Chillingo untuk membawa permainan ini sebagai featured-game di Apple AppStore UK. Ketika pengenalan tersebut, mereka turut telah mengambil beberapa langkah lain, termasuk memperkenalkan versi percuma, dan hadir dengan lebih banyak tahap permainan berbanding pada asalnya. Dengan kejayaan di AppStore, mereka turut berjaya menarik ramai pengguna melalui penerbitan permainan mereka di Android, dan diperluaskan ke pelbagai platform lain. Untuk memastikan pengguna sentiasa bercakap mengenai produk mereka juga, Rovio turut menawarkan pelbagai kemaskini percuma dengan tahap-tahap permainan yang baru.


Bercakap mengenai kejayaannya, ia dikongsikan yang mana pembangunnya amat meminati membangunkan permainan, dan anda boleh berjaya dengan membuat perkara yang disukai anda. Perkara tersebut juga turut tidak akan membosankan, dan lebih banyak usaha akan disumbangkan oleh pembangun dalam menjadikannya berjaya. Untuk Rovio sendiri, ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum mereka menerima angka pengguna yang tinggi, dan berjaya dengan permainan Angry Birds ini.


Peter Veterbacka juga mengatakan para pembangun perlu yakin dengan apa yang mereka bangunkan. Perkara ini akan memudahkan lagi penyampaian produk anda kepada pengguna lain, selain akan membolehkan anda terus membangunkannya walaupun ketika syarikat mengalami penurunan dan sebagainya. Satu lagi nasihat yang diberikan oleh Peter kepada pembangun dan usahawan muda adalah dimana jangan lupa mempromosikan ia dengan penggunaan jenama yang unik dan mudah untuk diingati.


Angry Birds EpicPada hari ini, Rovio telah mempunyai pelbagai permainan dibawah jenama Angry Birds dibawah mereka, selain turut mempunyai beberapa permainan yang lain. Selain Angry Birds, mereka turut telah melancarkan beberapa permainan yang lain, selain turut menerbitkan permainan daripada pembangun lain dibawah jenama mereka. Walaupun sesetengahnya tidak menerima impak setinggi Angry Birds, namun dengan kejayaan pertama, ia turut memberikan impak yang tinggi kepada permainan yang diperkenalkan selepas itu. Mereka juga turut telah bekerjasama dengan beberapa syarikat besar lain untuk hadir dengan tajuk eksklusif dibawah Angry Birds.


Apa pun, seperti pelbagai syarikat, mereka juga turut mempunyai turun-naiknya tersendiri. Pada tahun hadapan, mereka akan melakukan perubahan CEO untuk syarikat mereka, dan mungkin kita akan dapat melihat beberapa perkara baru daripada mereka. Filem pertama Angry Birds pula bakal hadir ke panggung pada tahun 2016 kelak, dan berkemungkinan kita akan terus dapat melihat kepelbagaian produk lain dibawah jenama Angry Birds.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Bagaimana Saya Bermula? – Kisah Disebalik Permulaan Angry Birds"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info