Sembang Maniac

Sembang-sembang je

YouTube Membawakan Sokongan Penstriman Video HDR Pada iPhone X

YouTube sebelum ini telah memperkenalkan sokongan penstriman video HDR pada beberapa telefon pintar berasaskan Android. Kini, sokongan paparan video HDR turut diperluaskan oleh YouTube untuk menyokong iPhone X.

Dengan penawaran HDR ini, ia menjadikan paparan sesuatu video itu yang lebih cantik dan jelas berbanding paparan biasa. Ia juga secara tidak langsung menjadikan sesuatu video itu menghampiri pewarnaan pada dunia nyata berbanding kandungan tradisional.

Seperti biasa, untuk memainkan kandungan HDR, ia memerlukan sejumlah sokongan tambahan – termasuk skrin yang menyokongnya. Apple iPhone X sedia ada dengan sokongan “Super Retina”, yang menawarkan kandungan HDR sangat baik berbanding iPhone lain dipasaran.

Bagi anda yang menggunakan iPhone X, mungkin boleh mencuba mengakses kandunga HDR melalui aplikasi YouTube hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "YouTube Membawakan Sokongan Penstriman Video HDR Pada iPhone X"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info