Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-ura) Kad Grafik Baru Untuk Komputer Riba Dari NVIDIA Akan Diperkenalkan Pada Akhir Tahun Ini

Awal tahun ini, NVIDIA memperkenalkan siri kad grafik baru berasaskan cip pemprosesan grafik Volta yang hadir untuk tujuan perkomputeran khusus seperti pengiraan matematik, pengolahan objek 3D dan sebagainya, dan bukan untuk golongan pembina PC mahupun gamer.

Baru-baru ini, seorang wakil daripada GIGABYTE Aorus menyatakan didalam sebuah forum atas-talian bahawa Aorus tidak akan hadir dengan laptop baru sehinggalah penghujung tahun ini, dimana NVIDIA dikatakan akan hadir dengan siri kad grafik untuk komputer riba yang baru.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui sama ada kad-kad grafik untuk komputer riba ini masih akan menggunakan cip grafik Pascal ataupun Volta yang terbaru. Acara Computex Taipei bakal berlangsung pada awal bulan Jun 2018 kelak, dan mungkin lebih banyak butiran mengenai ini akan diumumkan di acara tersebut.

Jika kata-kata jurucakap Aorus tersebut boleh dipercayai, kebarangkalian besar bahawa kita akan dapat melihat laptop gaming dengan siri kad grafik baru pada penghujung tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-ura) Kad Grafik Baru Untuk Komputer Riba Dari NVIDIA Akan Diperkenalkan Pada Akhir Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info