Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SOCAR Kini Membolehkan Anda Melanggan Kereta Bermula RM3 Sejam

SOCAR merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan anda melanggan kereta untuk dipandu ke sesuatu destinasi. Kini, untuk tempoh terhad, bermula hari ini sehingga 13 Mei 2018 kelak, SOCAR menawarkan diskaun untuk harga langganan, membolehkan pengguna melanggan kereta pada harga serendah RM3 sejam, yang mana hadir dengan petrol untuk perjalanan sejauh 30 kilometer.

SOCAR mengatakan kini mereka mempunyai sekitar 300 kenderaan dibawah mereka, dan boleh didapati daripada lebih 150 lokasi di Lembah Klang. Antara kereta yang ditawarkan termasuklah Myvi, Alza, Volkswagen Polo, Toyota Vios, Mini Cooper dan sebagainya. Seperti biasa, harga adalah berbeza mengikut jenis kereta yang dipilih.

Socar Promo

Untuk menggunakan SOCAR ini, pengguna terlebih dahulu akan perlu memuat-turun aplikasi SOCAR – dan seterusnya boleh membuat terus melanggan kereta yang disediakan di lokasi dengan mudah. Dengan penawaran SOCAR ini, ia sekaligus memudahkan lagi anda memandu ke destinasi tanpa keperluan mempunyai kenderaan anda sendiri yang mungkin berkos lebih tinggi.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SOCAR Kini Membolehkan Anda Melanggan Kereta Bermula RM3 Sejam"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info