Dengan permulaan bulan Ramadhan, pelbagai syarikat telah mula dan bersedia dengan promosi Raya mereka. Tidak ketinggalan adalah Shopee, dan kini mereka telah memulakan kempen khusus mereka.
Shopee pula telah mengumumkan kempen khusus yang telah bermula sejak 3 Mei lalu sehingga 17 Jun ini, yang dinamakan sebagai Kempen Cahaya Raya Bersama Shopee.
Melalui Kempen Cahaya Raya Bersama Shopee ini, mereka menyediakan beberapa perkara. Yang pertama adalah dari segi jualan pada platform atas-talian berkenaan.
Satu Jualan Kilat Shocking Sale Berganda (Upsized Shocking Sale) diadakan antara 24 Mei hingga 27 Mei ini. Jualan kilat ini akan berlangsung sebanyak lima kali sehari dan anda boleh dapatkan baucar sepanjang kempen Beat the Clock Shopee.
Disamping itu, Jualan Lelong Campur-campur (Campur-campur Bundle) juga diadakan, membolehkan anda untuk memilih sendiri padanan mengikut citarasa daripada menu produk yang sedia ada dan menikmati potongan harga istimewa. Dan akhir sekali, satu penawaran akan diberikan kepada anda sehingga 90% ke atas pelbagai pilihan produk di Koleksi Terbaik Cahaya Raya (Best Of Cahaya Raya).
Pada masa yang sama, dibawah Kempen Cahaya Raya Shopee juga, mereka menawarkan peluang kepada para pengguna untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM1.5 juta. Anda hanya perlu menyertai permainan melalui aplikasi mudah-alih Shopee, dan jika bertuah, anda berpeluang untuk memenangi sebuah rumah impian yang bernilai RM350,000, sebuah Honda HRV bernilai RM100,000; sebuah Volkswagen Poli bernilai RM80,000 serta syiling Shopee, baucar, dan banyak lagi.
Layari: Sertai Kempen Cahaya Raya Shopee
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Shopee Memulakan Promosi Bersempena Raya Dengan Pelbagai Diskaun Dan Hadiah Menarik"