Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sharp Aquos R2 Diperkenalkan Dengan Dwi-Kamera Yang Mengasingkan Rakaman Gambar Dan Video

Sharp sering hadir dengan sejumlah peranti yang menawarkan ciri unik, dan kini mereka hadir dengan Sharp Aquos R2 yang memfokuskan kepada ciri kamera padanya.

Sharp Aquos R2

Berbeza dengan sejumlah pengeluar lain, Aquos R2 menggunakan dwi-kamera dibelakang – tetapi kedua-dua lensa menawarkan ciri rakaman berbeza, iaitu satu untuk rakaman gambar, dan satu lagi untuk rakaman video.

Sharp Aquos R2 menggunakan kamera 16.3-megapixel untuk rakaman video, yang turut hadir dengan sokongan rakaman sudut luas (135-darjah) serta menyokong rakaman resolusi 4K. Untuk rakaman gambar pula, ia menggunakan sensor 22.6-megapixel.

Dengan mengasingkan sokongan rakaman ini, ia dikatakan mampu lebih mengoptimasikan pelbagai algoritma untuk setiap lensa – sekaligus menghasilkan rakaman yang baik.

Dari segi spesifikasi lain, Sharp Aquos R2 turut hadir dengan skrin 6-inci, dilengkapi cip Snapdragon 845, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 3130mAh, serta rekaan skrin bertakuk.

Peranti kalis air ini ditawarkan untuk pasaran Jepun sahaja buat masa ini. Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan diperluaskan untuk pasaran global ataupun sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sharp Aquos R2 Diperkenalkan Dengan Dwi-Kamera Yang Mengasingkan Rakaman Gambar Dan Video"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info