Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Projektor Mini Sony Dengan Kemampuan Pancaran Imej Sebesar 120-inci Kini Di Malaysia – RM1599

Sony pada CES 2018 yang lepas telah melancarkan sebuah projektor mudah-alih tersendiri, dinamakan Sony MP-CD1 Mobile Projector. Kini, selang beberapa bulan, Sony telah mula menawarkan projektor mini berkenaan untuk pasaran tempatan.

Sony MP-CD1 Mobile Projector ini hadir dengan saiz sebesar telefon pintar Xperia XZ Premium, dan menariknya turut menyertakan kebolehan memancarkan imej sebesar 120-inci dengan jarak 3.5-meter. Ia turut menyokong paparan pada keterangan 150 Lumen, dan dilengkapi bateri 5000mAh untuk kemampuan penggunaan selama 2 jam.

Menariknya, projektor mini ini juga boleh digunakan sebagai powerbank untuk telefon anda sekiranya tidak digunakan.

Di Malaysia, Sony MP-CD1 Mobile Projector ini ditawarkan pada harga RM1599.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Projektor Mini Sony Dengan Kemampuan Pancaran Imej Sebesar 120-inci Kini Di Malaysia – RM1599"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info