Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Porsche Design Huawei Mate RS Dengan Pelbagai Ciri Premium Kini Boleh Dipra-Tempah – Berharga RM6999

Huawei ketika memperkenalkan Huawei P20 tempoh hari, turut memperkenalkan sebuah telefon pintar baru dibawah siri “Porsche Design”, iaitu Porsche Design Huawei Mate RS. Kini, beberapa penjual tempatan telah mula mengambil pra-tempahan untuknya, dan akan ditawarkan di Malaysia bermula minggu ini.

Huawei Mate RS

Huawei Mate RS

Huawei Mate RS hadir dengan rekaan premium, dilengkapi skrin 6-inci, cip Kirin 970, memori 6GB RAM, dan memori 256GB. Ia turut dilengkapi tri-kamera belakang, gabungan 40MP + 20MP + 8MP, selain kamera hadapan 24MP. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh.

Menariknya mengenai telefon pintar ini juga hadir dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin, dan juga sokongan pengecasan tanpa-wayar.

Huawei Mate RS

Di Malaysia, peranti ini ditawarkan pada harga RM6,999 dan turut dapat hadir dengan beberapa ganjaran tambahan bersama-sama dengannya. Jikalau anda berminat, boleh membuat tempahan peranti berkenaan melalui Lazada hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Porsche Design Huawei Mate RS Dengan Pelbagai Ciri Premium Kini Boleh Dipra-Tempah – Berharga RM6999"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info