Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Petisyen Dibuka Meminta Apple Menarik Semua Jualan MacBook Kerana Masalah Melibatkan Kekunci “Butterfly”

Rekaan papan kekunci Butterfly diperkenalkan pada MacBook 2016 bagi membolehkan komputer riba yang nipis dihasilkan. Hasilnya ialah papan kekunci dengan jarak “travel” lebih pendek berbanding model terdahulu. Seperti kami laporkan selasa lalu,kadar kegagalan papan kekunci pada MacBook Pro 2016 hampir dua kali ganda lebih kerap berbanding dengan model 2014 atau 2015.

 

Apple Macbook 2015Rekaan suis kepak rama-rama yang digunakan dipersalahkan atas kegagalan papan kekunci ini. Oleh itu sebuah petisyen di Change.org telah dimulakan Matthew Taylor seorang penulis yang telah menggunakan komputer keluaran Apple sejak 1981.

Beliau membeli sebuah MacBook dengan kekunci butterfly pada tahun 2016. Dalam masa setahun kekunci huruf L gagal berfungsi dan kemudian ditukar oleh Apple Store. Dalam masa sebulan, kekunci yang baru ditukar ini kembali rosak dan kini kunci lain pada MacBook beliau mempunyai masalah yang sama.

Apple sehingga kini masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah ini. Tetapi mereka mungkin menyedari akan masalah ini kerana telah mempatenkan rekaan kekunci butterfly dengan membran yang menghalang debu dari memasuki ruang bawah kekunci. Kehadiran debu dipercayai dalang di sebalik kekunci yang gagal berfungsi.

Layari petisyen menarik semula MacBook dengan kekunci butterfly



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Petisyen Dibuka Meminta Apple Menarik Semua Jualan MacBook Kerana Masalah Melibatkan Kekunci “Butterfly”"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info