Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nokia Menjual Perniagaan Kesihatan Digital Kembali Kepada Pengasas Withings

Sejak beberapa minggu lepas, kita telah mendengar mengenai Nokia akan menjual perniagaan kesihatan digital mereka kepada Google atau Samsung. Kini, selepas pelbagai desas-desus, Nokia hari ini mengesahkan mereka akan menjual perniagaan kesihatan digital mereka, tetapi kepada Eric Carrel, pengasas Withings sebelum ini.

Pihak Nokia tidak mengumumkan sebarang harga transaksi jualan untuk perniagaan kesihatan digital ini. Sebelum ini, Nokia membeli Withings pada nilai mencapai hampir $192 juta pada 2016 yang lepas.

Sejak pengambil-alihan, Nokia telah hadir dengan penawaran jam tangan pintar, penimbang pintar, sensor tidur dan sebagainya dibawah perniagaan kesihatan digital. Namun, ia boleh dikatakan tidak begitu menguntungkan berbanding perniagaan Nokia lain.

Dengan menjual bahagian kesihatan digital ini, ia sekaligus memperlihatkan Nokia akan memfokuskan lebih kepada pembangunan infrastruktur telekomunikasi dan juga rangkaian 5G. Perancangan untuk perniagaan kesihatan digital yang dibeli oleh pengasas Withings ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nokia Menjual Perniagaan Kesihatan Digital Kembali Kepada Pengasas Withings"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info