Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – LG G7 ThinQ, Facebook Dating, Instagram Video Chat

LG pada minggu ini akhirnya telah memperkenalkan telefon pintar terkini mereka, LG G7 ThinQ yang mana hadir dengan sokongan rekaan skrin bertakuk, selain dilengkapi butang fizikal khusus untuk Google Assistant. Selain itu, Samsung turut telah memperkenalkan Galaxy A6+ 2018 yang hadir dengan kamera hadapan 24-megapixel.

Di Malaysia, Huawei telah menawarkan Huawei P20 Pro dengan pilihan warna Twilight secara terhad. Selain daripada itu, Acer telah menawarkan Nitro 5 untuk pasaran tempatan.

Facebook pada minggu ini turut telah mengumumkan bakal memperkenalkan ciri mencari jodoh pada perkhidmatan mereka, selain membawa kemaskini antaramuka untuk Facebook Messenger.

Instagram turut tidak ketinggalan, dan turut menerima beberapa ciri baru, termasuk sokongan panggilan video dan juga ciri bayaran Instagram Payment.

Facebook turut tidak melupakan WhatsApp, dan mengumumkan kelak ciri Sticker untuk perkhidmatan permesejan popular berkenaan.

Dan akhir sekali, Microsoft telah mula menawarkan Windows 10 April 2018 Update yang menawarkan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk Timeline dan juga Focus Assist.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – LG G7 ThinQ, Facebook Dating, Instagram Video Chat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info