Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Memulakan Program Gantian Surface Pro 4 Dengan Masalah Skrin Sering Berkerlip

Microsoft kini dilihat telah melancarkan program gantian untuk peranti Surface Pro 4 yang mengalami masalah skrin yang sering berkerlip. Masalah skrin berkerlip ini telah dilaporkan sejumlah pengguna sebelum ini, dan kini ia mungkin mengembirakan pembeli Surface Pro 4 kerana pihak Microsoft melancarkan program gantian ini secara rasminya.

Menurut Microsoft, mereka meminta pengguna untuk mengemaskini semua perisian dan menggunakan Windows 10 terkini pada Surface Pro 4 milik mereka. Sekiranya masalah skrin berkerlip masih berlaku, pengguna boleh menghubungi pihak Microsoft untuk proses gantian.

Sebaik sahaja peranti anda disahkan untuk digantikan, anda akan perlu menghantar Surface Pro 4 anda, dan Microsoft akan menggantikan peranti anda dalam masa beberapa hari selepasnya.

Baca : Program Gantian Surface Pro 4



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Memulakan Program Gantian Surface Pro 4 Dengan Masalah Skrin Sering Berkerlip"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info