Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Q7 Akan Dijana Dengan Cip Pemproses MediaTek Helio P10

Minggu lepas kami laporkan, telefon pintar kelas pertengahan LG yang terbaru akan menggunakan cip MediaTek dan bukannya Snapdragon. Peranti LG tersebut adalah LG Q7 dan terkini melalui laman Geekbench, cip yang menjana LG Q7 adalah MediaTek Helio P10.

Menurut Geekbench, LG Q7 akan menjalankan Android Oreo 8.1 dan mempunyai RAM sebesar 4GB. Selain itu, cip ini hanya mempunyai tahap kuasa sehingga 1.51GHz dan mendapat markah yang agak rendah dalam ujian penanda aras. Markah untuk satu teras hanya 630, manakala markah untuk multi-teras adalah 2322.

Maklumat lain mengenai LG Q7 ini masih belum diketahui sepenuhnya, tetapi ia mungkin akan menggunakan rekaan seakan LG G7 ThinQ dan dijual pada harga yang mampu milik.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Q7 Akan Dijana Dengan Cip Pemproses MediaTek Helio P10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info