Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG G7 ThinQ Kini Rasmi – Hadir Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Dan Butang Fizikal Google Assistant

LG hari ini telah pun melancarkan telefon pintar mercu mereka paling terkini untuk tahun 2018, iaitu LG G7 ThinQ. Selepas pelbagai ketirisan sebelum ini, LG hari ini akhirnya mengambil langkah untuk memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka – sekaligus bersaing dengan pelbagai telefon pintar lain untuk 2018, seperti Galaxy S8, Huawei P20 dan lain-lain.

LG G7

LG G7 ThinQ hadir dengan rekaan skrin bersaiz 6.1-inci, dan menyertakan takuk pada bahagian atas panel berasaskan LCD ini. Ia dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 845, memori 4GB RAM, dan juga storan 64GB. LG turut menekankan yang mana ia menawarkan kadar pencerahan maksimum sehingga 1000 nits melalui skrin telefon pintar ini, selain menyokong piawaian HDR 10 yang terkini.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah dwi-kamera 16-megapixel pada bahagian belakang, selain kamera hadapan 8-megapixel untuk swafotor. Kamera belakang turut menyertakan sokongan rakaman luar melalui lensa keduanya, selain lensa utama yang menyokong penstabilan imej optikal.

Disamping itu, telefon pintar ini turut menyertakan sokongan quad-DAC untuk audio yang baik melalui fon kepala. LG G7 ThinQ dilengkapi piawaian IP68 untuk kalis air dan juga debu.

LG G7

LG menyertakan sebuah butang fizikal khusus pada bahagian tepi untuk akses pantas Google Assistant – lebih kurang apa yang dilakukan oleh Samsung untuk Bixby. Telefon pintar ini hadir dengan bateri 3000mAh yang boleh dicas menggunakan kabel USB-C, atau secara tanpa-wayar.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah LG G7 ThinQ akan memasuki pasaran tempatan. Dengan apa yang ditawarkan oleh LG ini, ia mungkin akan sedikit sukar untuk mereka bersaing dengan sejumlah peranti lain di pasaran pada hari ini. Namun, seperti biasa, kita mungkin tidak boleh hadir kepada konklusi tanpa mencuba sendiri telefon pintar terbaru LG ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG G7 ThinQ Kini Rasmi – Hadir Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Dan Butang Fizikal Google Assistant"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info