Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lebih 4.2 Juta Tweet Berkaitan #GE14 Telah Diterbitkan Sepanjang 24 Jam Lepas

Twitter hari ini telah berkongsi sejumlah data berkaitan dengan perkongsian pengguna di perkhidmatan berkenaan bersempena dengan Pilihan-Raya Umum Ke-14 yang telah diadakan semalam. Menyentuh mengenainya, Twitter mengatakan sepanjang tempoh berkempen antara 28 April hingga 9 Mei 2018 lepas, sebanyak 7.3 juta Tweet berkaitan pilihanraya #GE14 telah dikongsikan pengguna.

GE14 Twitter

GE14 Twitter

Malah, sepanjang 24 jam yang lepas, termasuk pada hari pengundian, sebanyak 4.2 juta Tweet berkaitan #GE14 telah dikongsikan oleh pengguna Malaysia dan seluruh dunia. Turut menduduki antara tangga tagar yang popular selain #GE14 adalah termasuk #MalaysiaMemilih dan juga #PakatanHarapan.

Twitter turut berkongsi mengatakan sekitar 51% daripada Tweet menyentuh perkongsian mengenai Pakatan Harapan, dan sekitar 55% mengenai Dr Mahathir Mohamad – lebih tinggi berbanding Barisan Nasional dan Mohd Najib Tun Razak.

Bercakap mengenainya juga, Twitter mengatakan platform mereka adalah antara yang terbaik untuk mengikuti pelbagai kemaskini semasa dalam bentuk masa-nyata, termasuk berkaitan politik dan berita semasa.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lebih 4.2 Juta Tweet Berkaitan #GE14 Telah Diterbitkan Sepanjang 24 Jam Lepas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info