Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kelak Anda Boleh Memainkan Permainan Dari Steam Terus Pada Telefon Pintar Anda

Valve kini mengumumkan yang mereka akan memperkenalkan dua aplikasi baru untuk peranti iOS dan Android iaitu aplikasi Steam Link dan juga aplikasi Steam Video – sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk menggunakan dan mengakses perkhidmatan Steam.

Aplikasi Steam Link yang akan dikeluarkan 21 Mei kelak bakal membolehkan pengguna bermain permainan Steam mereka menggunakan peranti iOS ataupun Android secara penstriman. Untuk menggunakan aplikasi ini hos (PC atau Mac) harus disambungkan kepada rangkaian WiFi 5Ghz ataupun secara berwayar ethernet. Aplikasi ini juga akan menyokong alat kawalan Steam dan MFI.

Selain Steam Link, kelak pada suku ketiga tahun ini, aplikasi Steam Video akan diperkenalkna. Melaluinya, ia akan memudahkan pengguna menonton filem atapun siri yang terdapat di Steam. Pengguna juga boleh menontonnya secara di atas ataupun di luar talian.

Perkembangan ini boleh dikatakan sesuatu yang menarik, dan memberikan lebih pilihan menarik kepada pengguna. Walaubagaimanapun, Steam Link telah sedia diperkenalkan melalui sebuah peranti sebelum ini – yang mana hadir dengan sejumlah kekurangan, termasuk masalah kualiti penstriman yang tidak memuaskan. Ia tidak diketahui lagi sama ada Valve telah mengatasi masalah berkenaan, ataupun sebaliknya. Namun, dengan kebolehan memainkan permainan Steam pada telefon pintar, ia semestinya akan membuatkan aplikasi ini digemari ramai pengguna.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan dua minggu lagi sebelum dapat mencuba aplikasi Steam Link ini.

Artikel ini telah diterbitkan di Aksiz terlebih dahulu. Ikuti Aksiz untuk pelbagai berita permainan video dan e-sukan terkini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kelak Anda Boleh Memainkan Permainan Dari Steam Terus Pada Telefon Pintar Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info