Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kaspersky Lab Akan Memindahkan Mesin-Mesin Pelayan Dan Data Peribadi Pengguna Dari Russia Ke Switzerland

Kaspersky Lab ialah sebuah syarikat pembuat perisian keselamatan komputer yang cukup terkenal di seluruh dunia. Ia bukan sahaja digunakan oleh pengguna-pengguna biasa, malah mereka juga mempunyai pelanggan-pelanggan dari sektor kerajaan di seluruh dunia.

Malang sekali, oleh kerana pelbagai masalah yang melanda syarikat tersebut dengan kerajaan negara Russia, dimana syarikat ini mula-mula dibina membuatkan kepercayaan terhadap syarikat tersebut semakin merudum. Pada tahun lepas, kerajaan Amerika Syarikat berkata mereka akan berhenti menggunakan perisian keselamatan mereka, dan baru-baru ini, ia dilihat bahawa kerajaan Belanda juga akan melakukan perkara yang sama.

Untuk mengembalikan kepercayaan pengguna kepada syarikat tersebut, Kaspersky Lab telah mengumumkan bahawa mereka akan memindahkan sebahagian besar pusat-pusat data mereka yang mengandungi maklumat pengguna daripada rantau Eropah, Amerika Syarikat dan juga negara-negara seperti Jepun, Australia, Singapura dan Korea Selatan ke Zurich, dimana maklumat-maklumat pelanggan mereka tidak boleh diakses oleh mana-mana kerajaan.

Bukan itu sahaja, Kaspersky juga dilihat akan memindahkan beberapa peralatan keselamatan digital mereka yang digunakan untuk membina perisian dan juga memastikan bahawa perisian-perisian keselamatan mereka sentiasa dikemaskini dengan selamat.

Menurut jurucakap Kaspersky Lab, pemindahan data daripada Russia ke Switzerland ini akan mengambil sedikit masa, dan dijangka akan siap pada penghujung tahun 2019, dan akan menelan belanja sebanyak $16 juta.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kaspersky Lab Akan Memindahkan Mesin-Mesin Pelayan Dan Data Peribadi Pengguna Dari Russia Ke Switzerland"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info