Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kajian Mendapati Menggunakan Peranti Selepas 10 Malam Membawa Kepada Masalah Kemurungan Dan Bipolar

Hanya beberapa minggu yang lalu kami laporkan cahaya biru dari lampu LED meningkatkan risiko menghidap kanser. Cahaya dari skrin peranti pintar jatuh ke dalam kategori ini kerana ia mengganggu penghasilan hormon pada tubuh. Kini sebuah lagi kajian mendapati menggunakan peranti selepas jam 10 malam akan membawa kepada kemurungan dan kesepian.

Kajian melibatkan 91,000 individu berusia di antara 37-73 dilakukan oleh profesor dari The University of Glasgow. Hasil kajian mendapati mereka mengalami gangguan tidur akibat menggunakan peranti pada waktu malam mempunyai peningkatan risiko psikologi seperti kemurungan, bipolar dan neurotisisme. Kebarangkalian mengalami gangguan bipolar meningkat 11 peratus dan kemurungan pula meningkat sebanyak 6 peratus.

Ini kesemuanya adalah kerana gangguan kepada ritma sirkadian tubuh. Hasil kajian telah diterbitkan di dalam jurnal The Lancet Psychiatry. Kajian ini adalah yang pertama sepertinya yang melibatkan jumlah sampel yang besar. Penyelidik meletakkan had waktu tidur pada jam 10 malam bagi memastikan ritma sirkadian tubuh tidak terganggu sekaligus mengurangkan risiko psikologi.

Jadi sekiranya anda ingin mengurangkan risiko kemurungan, ubahlah tabiat menggunakan peranti dan pastikan mendapat tidur yang secukupnya. Ubahlah sebelum parah.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kajian Mendapati Menggunakan Peranti Selepas 10 Malam Membawa Kepada Masalah Kemurungan Dan Bipolar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info