Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iPhone 2018 Akan Menggunakan Skrin Yang Sama Seperti LG G7 ThinQ

Tahun ini tiga model baru iPhone akan dilancarkan dengan salah satunya menggunakan skrin LCD. Peranti dengan skrin sebesar 6.1 inci tidak akan mempunyai kemasan premium serta sokongan 3D Touch seperti dua model dengan skrin OLED.

Menurut laporan Business Korea, iPhone berskrin LCD ini akan menggunakan skrin MLCD+ yang sama seperti yang digunakan pada LG G7 ThinQ. Skrin MLCD+ mempunyai tahap keterangan yang lebih tinggi berbanding LCD biasa serta menggunakan kuasa yang lebih rendah. Ini mungkin tidak mengejutkan kerana Apple memang sudahpun bekerjasama dengan LG.

Penggunaan semula teknologi skrin juga bukan sesuatu yang baru. Sebelum Samsung Galaxy S9 menggunakan semula teknologi skrin OLED sub-pixel iPhone X yang dihasilkan oleh Samsung untuk Apple.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPhone 2018 Akan Menggunakan Skrin Yang Sama Seperti LG G7 ThinQ"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info