Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Instagram Menapis Komen Menghina Paras Rupa Dan Akan Menghalang Akaun Yang Kerap Melakukannya

Media sosial membenarkan orang ramai meninggalkan komen menggunakan nama palsu. Apabila identiti sebenar boleh disorok, semakin berani akaun awanama ini menghina paras rupa, dan mengugut keselamatan pengguna. Instagram menyedari masalah ini di platform mereka dan mengumumkan penuras baru untuk menapis komen-komen sebegini.

Apabila penuras ini diaktifkan menerusi skrin tetapan akaun, komen berunsur negatif ini akan ditapis secara automatik. Pihak Instagram kemudian akan menganalisa akaun dengan komen sentiasa ditapis. Jika ia didapati melanggar terma dan syarat komuniti, akaun tersebut akan dihalang terus dari menggunakan Instagram. Ini memastikan tingkah laku toksik ini tidak akan berterusan di masa hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Menapis Komen Menghina Paras Rupa Dan Akan Menghalang Akaun Yang Kerap Melakukannya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info