Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor 10 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 22 Mei

Honor Malaysia hari ini mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan telefon pintar berspesifikasi tinggi terbaru mereka, iaitu Honor 10 pada 22 Mei ini. Harga jualannya masih belum diketahui, dan dijangka diumumkan pada tarikh pelancaran berkenaan.

Honor 10 hadir dengan skrin 5.84-inci yang menggunakan rekaan bertakuk, selain dijana cip Kirin 970. Ia turut dilengkapi storan sebesar 128GB, memori 4GB RAM, selain pengimbas cap jari dihadapan.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera dibelakang, selain kamera 24-megapixel dihadapan.

Ia telah dilancarkan di China sebelum ini, dan pelancaran globalnya akan berlaku pada 15 Mei ini di London.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor 10 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 22 Mei"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info