Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Grab Menguji Rekaan Antaramuka Baru – Dilengkapi Sokongan Cadangan Destinasi

Grab sejak daripada penyatuan dengan Uber tempoh hari, telah memulakan pelbagai perubahan pada syarikat, dan juga pada aplikasi mereka. Terkini, selain dalam proses memperkenalkan GrabFood, pihak Grab juga dilihat sedang menguji antaramuka yang baru untuk aplikasi mereka.

Daripada pengamatan kami, antaramuka baru aplikasi Grab ini kini dilihat menawarkan rekaan yang lebih kemas berbanding sebelum ini. Ia masih menggunakan sokongan pemetaan Google Maps buat masa ini, dan belum beralih ke HERE lagi.

Grab Baru

Menariknya, kini Grab turut memaparkan cadangan ke sesuatu destinasi sebelum anda membuat tempahan pengangkutan. Kami masih kurang pasti bagaimana cadangan ini dilakukan – berkemungkinan berdasarkan sejarah penggunaan, dan kekerapan kita ke sesuatu destinasi berkenaan.

Disamping itu, halaman Grab Rewards juga kini nampaknya lebih kemas dan tersusun untuk memudahkan anda memilih ganjaran yang ingin digunakan.

Grab Baru

Bagi anda, adakah anda mengemari rekaan baru yang akan datang ini, atau lebih menyukai rekaan sedia ada ini?



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Grab Menguji Rekaan Antaramuka Baru – Dilengkapi Sokongan Cadangan Destinasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info