Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Now Launcher Tidak Lagi Boleh Dimuat Turun Menerusi Play Store

Pelancar Google Now ialah antara aplikasi pertama yang akan kami muat turun apabila menggunakan peranti baru. Ia memastikan kesemua peranti Android yang kami miliki mempunyai antaramuka yang seragam. Ia telah kami gunakan sejak diperkenalkan pada tahun 2014. Bagi yang masih belum pernah mencuba pelancar ini anda sudah terlambat.

Google Now Laucher kini tidak lagi boleh dimuat turun menerusi Play Store. Sekiranya anda mencari aplikasi ini, notis mengatakan ia tidak serasi dengan peranti milik anda akan dipaparkan. Kami laporkan tahun lalu pelancar ini akan ditarik dari Play Store pada suku pertama 2017 tetapi ia dikekalkan sehingga tidak lagi boleh dimuat turun semalam.

Bagi yang ingin menggunakan Google Now Launcher, satu-satunya cara ialah memasang APK secara sideloading. Tetapi kami lebih menyarankan menggunakan pelancar Pixel juga secara sideloading kerana antaramuka yang lebih terkini. Selamat tinggal Google Now launcher.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Now Launcher Tidak Lagi Boleh Dimuat Turun Menerusi Play Store"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info