Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Kini Menawarkan Android P Beta Untuk Sejumlah Peranti

Android PGoogle sebelum ini telah menawarkan versi pembangunan awal Android P untuk para pembangun, sekaligus memudahkan mereka mengujinya bersama aplikasi mereka – dan bersedia dengan pengoptimasian ketika sistem operasi Android P akhir dilancarkan.

Hari ini, Google melangkah setapak kehadapan dalam pembangunan sistem operasi terbaru Android berkenaan, dan telah pun melancarkan Android P Beta.

Android P Beta kini ditawarkan untuk Google Pixel, selain turut ditawarkan kepada pelbagai peranti dengan sokongan Project Treble – termasuk antaranya adalah Sony Xperia XZ2, Xiaomi Mi Mix 2S, Nokia 7 Plus, Oppo R15 Pro, Vivo X21, OnePlus 6, dan juga Essentiial Ph-1.

Sistem operasi Android P ini dijangka akan dilancarkan dalam versi akhir dalam beberapa bulan lagi – dimana ia akan memfokuskan kepada penambah-baikkan sekuriti dan privasi, selain turut menyertakan sejumlah pembaharuan dan integrasi pembelajaran mesin melaluinya.

Muat-Turun Android P Beta



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Kini Menawarkan Android P Beta Untuk Sejumlah Peranti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info