Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Ingin Memudahkan Anda Mengetahui Tabiat Penggunaan Peranti, Dan Menguruskannya

Dengan populariti peranti Android yang digunakan berbilion pengguna seluruh dunia, kini Google turut memulakan sebuah inisiatif baru dalam usaha memudahkan anda mengetahui tabiat penggunaan peranti anda – sekaligus membolehkan anda menguruskannya bagi menjadikan kadar produktiviti meningkat dan masa anda dihabiskan dengan berkualiti.

Dinamakan sebagai Digital Wellbeing, Google akan menyediakan sebuah papan pemuka khusus untuk peranti Android. Melaluinya, anda boleh melihat masa penggunaan sesuatu aplikasi – dan melihat dimanakah anda menghabiskan masa yang paling tinggi. Menariknya, anda turut boleh menetapkan had masa, dan menerima peringatan apabila kadar penggunaan anda menghampiri had masa yang ditetapkan.

Android Dashboard

Disamping itu, Google turut dijangka akan mengintegrasikan sebuah ciri khusus pada YouTube yang akan meminta anda untuk berehat selepas menonton video di YouTube untuk suatu ketika. Anda juga kelak akan dapat melihat berapa lama anda menghabiskan masa menonton video di YouTube melalui halaman khusus pada aplikasi.

YouTube Rehat

Dengan inisiatif baru ini, Google bukan sahaja ingin mempromosikan arena digital, tetapi pada masa yang sama ingin mendidik pengguna menghabiskan masa dengan lebih berkualiti berbanding sebelum-sebelum ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Ingin Memudahkan Anda Mengetahui Tabiat Penggunaan Peranti, Dan Menguruskannya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info