Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Ingin Membolehkan Anda Menaip Emel Dengan Pantas Melalui Smart Compose Pada GMail

Google baru-baru ini telah memperkenalkan GMail versi web baru yang menawarkan sejumlah ciri baru. Menariknya, Google tidak berhenti setakat itu sahaja, dan hari ini turut menambah sebuah lagi ciri baru pada perkhidmatan emel berkenaan, dinamakan Smart Compose.

GMail Smart Compose

Smart Compose ingin memudahkan proses anda menulis emel pada GMail – dimana ia beroperasi seumpama ciri autocomplete pada papan kekunci maya. Dengan integrasi Smart Compose ini, ia akan menggunakan pembelajaran mesin dalam mencadangkan sesuatu ayat – sekaligus mengurangkan kesalahan tatabahasa dan ejaan pada emel anda.

Sebaik sahaja sesuatu cadangan dipaparkan, anda boleh menerimanya dengan hanya menekan kekunci “Tab” pada komputer anda.

Ciri ini akan diperkenalkan kepada pengguna GMail dalam masa beberapa minggu akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Ingin Membolehkan Anda Menaip Emel Dengan Pantas Melalui Smart Compose Pada GMail"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info