Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Set Realiti-Gabungan – Bersaing Dengan HoloLens?

Terdapat beberapa pengeluar peranti yang sedang membangunkan set realiti-gabungan, termasuk Microsoft yang sedia menawarkan Hololens. Terkini, Google dilaporkan turut sedang melihat ke arena sama, dan sedang membangunkan sebuah set realiti-gabungan yang serba baru.

Set kepala realiti-gabungan daripada Google ini bakal turut menyertakan sensor kamera dan juga mikrofon terbina padanya.

Peranti ini dikenali dengan nama kod Google A65 buat masa ini, dan dikatakan bakal dijana cip Qualcomm QSC603 yang menyokong paparan resolusi WQHD (2560×1440 pixel), menyokong Bluetooth 5.1, GPS, dan dijangka turut menawarkan input berasaskan Google Assistant.

Google sebelum ini sendiri pernah hadir dengan Google Glass, namun ia tidak berjaya menarik perhatian ramai – berkemungkinan teknologi berkenaan terlalu awal ketika itu. Tetapi, dengan perkembangan arena realiti-gabungan pada masa kini, selain penggunaannya dalam pelbagai industri – tidak mustahil kita melihat pelbagai peranti baru dalam arena ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan melancarkan set realiti-gabungan baru ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Set Realiti-Gabungan – Bersaing Dengan HoloLens?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info