Sembang Maniac

Sembang-sembang je

GE14MAP Menawarkan Peta Interaktif Memperlihatkan Keputusan Pilihanraya PRU14

Esok, 9 Mei 2018 akan menyaksikan Pilihanraya Umum Ke-14 diadakan di Malaysia, dan bersempena dengannya sejumlah aplikasi dan perkhidmatan berasaskan web hadir. Terkini, sebuah laman web baru hadir, dinamakan GE14MAP yang memaparkan peta interaktif memperlihatkan keputusan pilihanraya.

Melalui laman web GE14MAP, ia menyenaraikan keputusan pengundian 222 Parlimen yang diwarnakan mengikut parti yang memenangi kawasan berkenaan. Ia sekaligus memudahkan perbandingan dan mengetahui kawasan yang dimenangi oleh sesuatu parti.

GE14Map

Laman web berkenaan sudah boleh diakses pada hari ini dan anda boleh melihat keputusan PRU13, sekaligus akan memudahkan perbandingan dilakukan selepas keputusan PRU14 ditambah lewat esok.

Bagi anda yang berminat, anda boleh menyemak laman GE14Map hari ini, dan melihat terlebih dahulu keputusan PRU lepas.

Layari : GE14Map



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "GE14MAP Menawarkan Peta Interaktif Memperlihatkan Keputusan Pilihanraya PRU14"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info