Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar Xiaomi Mi 7 Sebenar Tertiris – Menunjukkan Rekaan Skrin Bertakuk Dan Panel Kaca Di Belakang

Xiaomi Mi 7 sudah lama kedengaran tetapi masih tiada berita rasmi daripada Xiaomi sendiri. Mi 7 adalah peranti kelas utama Xiaomi bagi menggantikan Xiaomi Mi 6 yang dilancarkan pada tahun lepas. Terkini, gambar sebenar Xiaomi Mi 7 tertiris menunjukkan rekaan skrin bertakuk yang besar serta panel belakang yang diperbuat daripada kaca atau mungkin seramik.

Maklumat jelas mengenai spesifikasi penuh Xiaomi Mi 7 masih belum diketahui. Tetapi ia akan menyerupai Xiaomi Mi Mix 2S. Antaranya adalah ia dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 845, tetapan dwi-kamera menegak dan juga sokongan pengecasan tanpa wayar.

Mengikut ura-ura sebelum ini, Xiaomi Mi 7 berkemungkinan juga adalah peranti Xiaomi pertama yang bakal mempunyai sokongan kalis air. Pengimbas cari dalam skrin pada Xiaomi Mi 7 masih belum jelas, jika dilihat pada gambar pengimbas cap jari peranti ini berada di belakang seperti Mi Mix 2s.

Selain itu, Xiaomi Mi 7 juga mungkin akan menyokong Project Treble dan menjalankan MIUI 9 berasaskan Android Oreo 8.1. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Mi 7 tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Xiaomi Mi 7 Sebenar Tertiris – Menunjukkan Rekaan Skrin Bertakuk Dan Panel Kaca Di Belakang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info