Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Firefox Akan Menguji Paparan Pautan Tajaan Pada Halaman Tab Utama

Halaman tab utama pada pelayar web adalah halaman yang sering dikunjungi pengguna ketika ingin membuka sesuatu halaman web baru. Menyedarinya, kini Mozilla dilihat ingin menjana pendapatan tambahan dengan memaparkan artikel dan pautan berbentuk tajaan terus pada halaman tab utama.

Firefox menjayakan perkara ini dengan mengintegrasikan teknologi dan artikel cadangan daripada Pocket. Pelayar web berkenaan sendiri sebelum ini telah mula memaparkan artikel berkaitan berdasarkan pelayaran anda sebelum ini – dan perubahan baru ini sekadar menambah pautan tajaan melaluinya. Langkah ini telah dilakukan oleh Mozilla sejak pengambil-alihan Pocket. Mozilla menyasarkan yang mana ia mungkin tidak menganggu pengalaman pengguna – dan mungkin akan digemari oleh pengguna Firefox.

Mozilla buat masa ini telah memulakan ujian untuknya, dan akan mula memaparkan ia dalam bentuk pengiklanan bermula Firefox 60 untuk pengguna Amerika Syarikat terlebih dahulu. Dengan langkah ini, Mozilla menyasarkan untuk dapat menjana pendapatan tambahan, dan tidak bergantung kepada pendapatan daripada Google sahaja seperti sebelumnya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Mozilla akan mula memaparkan pautan berbentuk tajaan pada halaman tab utama kepada semua pengguna seluruh dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Firefox Akan Menguji Paparan Pautan Tajaan Pada Halaman Tab Utama"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info