Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Messenger Akan Menerima Kemaskini Antaramuka Yang Lebih Kemas Dan Ringkas

Facebook Messenger pada hari ini boleh dikatakan agak berat dan mempunyai terlalu banyak kandungan dan akses yang tidak digunakan ramai pengguna. Menyedari perkara ini, kini Mark Zuckerberg mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan kemaskini antaramuka baru untuk Messenger.

Facebook Messenger

Melalui kemaskini baru ini kelak, ia akan lebih kemas dan ringkas – selain memfokuskan kepada ciri utama, iaitu permesejan.

Pelbagai menu dan pautan yang tidak digunakan akan dibuang, sekaligus memudahkan pengguna kekal berkomunikasi secara peribadi melalui aplikasi permesejan berkenaan.

Buat masa ini, tarikh pengenalan antaramuka baru ini pada Messenger masih tidak diketahui lagi.

Facebook Messenger



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Messenger Akan Menerima Kemaskini Antaramuka Yang Lebih Kemas Dan Ringkas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info