Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Mempertimbangkan Perkhidmatan Langganan Bulanan Tanpa Iklan Untuk Pengguna

Facebook ialah platform media sosial yang boleh digunakan secara percuma oleh semua individu di muka bumi. Ia bermula sebagai platform perkenalan di kolej sebelum kini digunakan untuk perniagaan dan berhubung dengan badan kerajaan. Bagi ramai individu, berhenti menggunakan Facebook adalah mustahil walaupun selepas skandal Cambridge Analytica.

Laman media sosial ini percuma kerana maklumat peribadi pengguna dijual untuk tujuan pengiklanan. Data raya yang lengkap membolehkan produk disasarkan kepada golongan spesifik menggunakan iklan. Tahun lalu Facebook mencatatkan jualan iklan mencecah $41 bilion (~RM 162 bilion). Tetapi apakah alternatif kepada mereka yang masih mahu menggunakan Facebook tetapi tidak mahu data peribadi dijual?

FacebookMenurut laporan Bloomberg, Facebook masih mempertimbangkan perkhidmatan langganan bulanan kepada pengguna seperti di atas. Kajian kini dilakukan secara dalaman untuk melihat saman ada bayaran langganan akan meningkatkan jumlah pengguna. Tidak diketahui berapakah harga langganan yang akan dikenakan sekiranya ia ditawarkan.

Sebelum Techcrunch melakukan analisis dimana bayaran langganan ialah di antara $8-14 (~RM 31-55) sebulan. Bagi pengguna di Malaysia ini mungkin tanda harga yang amat mahal untuk sebuah media sosial. Namun bagi mereka yang lebih mementingkan harga diri dan privasi, ia mungkin alternatif yang perlu diambil bagi mengelakkan data peribadi dijual.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Mempertimbangkan Perkhidmatan Langganan Bulanan Tanpa Iklan Untuk Pengguna"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info